Thursday, February 10, 2011

LATIHAN KAWAT KESELAMATAN 1 (FIRE DRILL)

SMKTK 09.02.11 Satu Kawat Keselamatan (Fire Drill) telah dijalankan di sekolah ini pada 09 February 2011 yang melibatkan semua pelajar, guru-guru, kakitangan pejabat dan semua yang berada di sekolah pada masa itu. Latihan keselamatan ini telah bermula pada 9.30 pagi dan ikuti dengan ceramah berkaitan Kecemasan dan Keselamatan telah dijalankan oleh Penceramah Jemputan dan melibatkan semua yang hadir pada masa itu.

Berbagai tip keselamatan yang berguna ketika kecemasan telah ditunjuk ajar dan sangat berguna dalam keadaan-keadaan yang memerlukan. Demonstrasi memadamkan api yang betul menjadi kemuncak dalam ceramah itu. Penglibatan guru dan murid sangat menggalakkan. 


Pn Kion mencuba menggunakan pemadam api CO2

Pelajar tekun mendengar sambil duduk di tapak perhimpunan

Arahan Keselamatan di tempat Berkumpul diberikan sambil  menyemak  bilangan pelajar

Syarikat yang mementingkan Keselamatan


Pelajar berkumpul mendengar arahan

Guru-guru menunggu arahan Ketua Program

Tunjuk ajar dan petua-petua

Pentadbir tidak ketinggalan


Kami difahamkan satu lagi Kawat Keselamatan akan diadakan kelak yang melibatkan Pasukan Keselamatan dan Bomba suatu masa nanti.  Sekian.




No comments: