Monday, October 5, 2009

MAJLIS RESTU DAN BERMAAFAN SMK TINGGI KLANG

Oleh : miid - 5 Oct 09

SMK Tinggi Klang - Majlis Restu Ilmu diadakan untuk memohon maaf daripada kedua-dua belah pihak, samada daripada pihak guru-guru kepada pelajar-pelajarnya atau pohon maaf daripada pihak pelajar kepada guru-guru yang mengajarnya. Majlis ini merupakan satu acara kemestian yang pasti diadakan sebelum peperiksaan samada peperiksaan PMR, SPM atau STPM.
Hari ini Majlis Restu Ilmu untuk pelajar-pelajar PMR diadakan di dewan SMK Tinggi Klang, dihadiri oleh Tn Hj Najib Ayub, Pengetua SMKTK. Para Pentadbir, Guru-guru dan semua pelajar tingkatan tiga. Nasihat dan kata-kata perangsang dan harapan disampaikan oleh Pengetua kepada pelajar-pelajar.



Koperasi sekolah juga tidak ketinggalan dengan memberikan sumbangan pen, pensil dan pemadam yang merupakan keperluan asas dalam peperiksaan. Sumbangan ini dapat meringankan sedikit perbelanjaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan.



Taklimat akhir urusan peperiksaan diberikan oleh Pn Azizah bt Badar, peraturan dan tatasusila semasa di dewan disampaikan dengan jelas dan terperinchi.



Pelajar tekun mendengar taklimat dan arahan-arahan serta pesanan daripada guru-guru mata pelajaran. Harapan daripada semua guru mata pelajaran supaya tidak ada pelajar-pelajar yang gagal dalam mata pelajaran yang diajarnya.




Berbaris memohon maaf dan restu semuga dapat menjawab dengan tenang dan berkesan semasa menjawab peperiksaan nanti.



Tidak kurang juga ada guru dan pelajar yang melepaskan 'emosi pengharapan' sesama sendiri menjelang peperiksaan yang akan berlaku sedikit masa lagi. Sentuhan iklas ini memberikan 'suntikan' yang begitu bermakna.



'Peperiksaan bukanlah satu hukuman tetapi peperiksaan adalah satu proses untuk menilai pelajar, jangan takut atau runsing, tentunya kamu semua telah bersedia dengan rapi. Hadapilah dengan tenang dan teliti. Pohonilah doa kepada Illahi.' Sekian.

No comments: