Monday, October 5, 2009

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR ISLAM

Oleh : Miid - 3 Oct 09
SMK Tinggi Klang - Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu untuk calon-calon PMR, SPM dan STPM diadakan di surau SMK Tinggi Klang, pada 3hb Oct 2009 mulai pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Penganjur majlis terdiri daripada Persatuan Agama Islam SMKTK, Badan Kebajikan Islam SMKTK dan PIBG manjayakan majlis ini dengan cemerlangnya. Anggaran 350 orang telah menghadiri majlis ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu-bapa pelajar.


Pendaftaran Pelajar bermula sejak pukul 6.00 ptg
Kemesraan ibu bapa yang membawa seribu harapan tergambar diwajah mereka. Harapan tinggi yang diletakkan keatas anak-anak mereka menyanjungi aktiviti murni ini. Aktiviti tahunan ini merupakan pertemuan yang begitu bermakna untuk pelajar, guru-guru dan ibu-bapa pelajar.


AJK Kalangan guru bersedia melayan tetamu.







Majlis dimulai dengan sembahyang Maghrib berjemaah dipimpin oleh Ust. Aidi Jonli, diikuti dengan sembahyang hajat dan bacaan Surah Yassin. Usaha digandakan, target ditetapkan, bimbingan dipohonkan dan akhirnya doa dipanjatkan kehadrat Allah SAW untuk mendapat keputusan cemerlang, untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Majlis diserikan lagi dengan ceramah daripada motivator yang dipanggil khas untuk membangkitkan "internal drive" pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Keberkesanan daripada ceramah ini begitu nyata sekali apabila kebanyakkan pelajar menitiskan airmata sambil memeluk ibu-bapa masing-masing.


Ibu-bapa dan pelajar tekun mendengar ceramah



Makanan diedarkan oleh guru-guru dan pelajar perempuan kepada semua tetamu dan pelajar yang datang pada malam itu.


Majlis tamat dan bersurai pada malam itu tamat pukul 10.30 malam membawa seribu harapan. Sekian

No comments: